Sejarah Kampung

Sejarah Kampung Asam Jawa, Pendang Kedah Darul Aman..




Asam Jawa ialah sejenis pokok saka malar hijau yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan harian di Malaysia. Pokok asam jawa sebenarnya merupakan tumbuhan anugerah Tuan yang mempunyai pelbagai guna. Pokok asam jawa yang matang boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter. Pokok ini boleh hidup lama dan masih mampu mengeluarkan hasil walaupun telah berusia puluhan tahun. Pokok asam jawa ini juga tahan daripada serangan serangga perosak, tiupan angin kencang malahan tahan terendam dalam air berbanding dengan pokok lain. Pokok ini tahan kemarau dan mudha hidup di mana-mana jenis tanah sama ada tanah subur atau tanah bermasalah. (Sumber : Wikipedia)


Dahulu, di kawasan sekitar kampung kami terdapat banyak pokok asam jawa yang bersaiz besar yang telah tumbuh membiak sebelum penempatan wujud, maka dengan itu lah kampung kami diberi nama Kampung Asam Jawa. Penempatan sebelum ini adalah berselerak yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik serta sistem perhubungan jalan yang baik.


Ketua Kampung yang pertama adalah Yahya Abu atau lebih dikenali dengan Pak Ya Kapak. Beliau, merupakan kawan baik kepada Tun Dr. Mahathir Mohammad di mana beliau sering menemani atau menjadi "Pengawal" sekiranya Dr. Mahathir mengadakan ceramah-cermah politik di sekitar Pendang. Sehingga kan Pak Ya sanggup berpura-pura sakit kerana mahu berjumpa Dr Mahathir. Keakraban antara Dr. Mahathir dan Pak Ya Kapak berlanjutan sehinggakan Dr Mahathir yang ketika dahulu menjadi Timbalan Perdana Menteri mempelawa Pak Ya untuk menaiki helikopter bersamanya untuk meninjau perkampungan luar bandar termasuk di Kampung Asam Jawa, Pendang.



Ketika dalam tinjauan dari udara itu, Dr Mahathir menyuruh Pak Ya mengira jumlah rumah yang bertaburan di Kampung Asam Jawa dan bertanya sama ada penduduk kampung itu boleh dipindahkan ke satu penempatan supaya sawah padi dapat diperluaskan dan diusahakan secara berkelompok. Akhirnya pada 31 Ogos 1984, penduduk yang terdiri daripada empat (4) buah kampung, iaitu Kampung Asam Jawa, Kampung Bukit, Kampung Baru, Kampung Charok Keladi telah dipindahkan kepada Kampung Asam Jawa (Perumahan Asam Jawa) yang lebih tersusun perkampungannya. Dengan cetusan idea Tun Dr Mahathir, makan Kampung Asam Jawa dipilih untuk melaksanakan projek perintis sawah berkelompok dan perkampungan tersusun, mencontohi konsep "Sameul Undong" yang dilaksanakan di Korea Selatan. Sehingga kini, projek sawah berkelompok masih diteruskan yang melibatkan keluasan tanah sebanyak 190 ekar dengan 18 orang pengusaha dan 80 orang tuan tanah.

No comments:

Post a Comment